Wednesday, August 10, 2005
1.Senyum itu adalah sedekah. Maka bersedekahlah kepada kaum muslimin-muslimah semua.
2.Bertasbih dan berwirid itu akan menentukan "landscape" kediaman kita diakhirat kelak, amalkan dengan ikhlas.
3.Hidup ini sebenarnya mimpi. Kehidupan sebenar adalah di Akhirat.
4.Mati syahid dalam keadaan mencari ilmu kerana ianya adalah perjuangan kaum Muslim.
BULAN REJAB AKAN TIBA PADA 06 OGOS 2005 (HARI INI) BANYAK FADHILAT PADA BULAN INI...WALLAHUALAM
FADILAT BULAN REJAB
Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"
Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."
Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"
Rasullullah S.A.W bersabda; "Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."
Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."
Rasullullah S.A.W bersabda, "Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."
Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."
Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."
Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."
Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."
Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."
Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah samaseperti berpuasa 100,000 tahun."
Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."
Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
Rasulullah S.A.W bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."
Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
Rasullullah S.A.W. bersabda; "Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"
Rasullullah S.A.W bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"
Rasullullah S.A.W bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"
Rasullullah S.A.W bersabda, "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."
Posted at 07:52 pm by nurdia
Permalink
Sunday, June 19, 2005
oRg sukEr bErsanGka bUruk.........
|
Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...
Org beribadah disangka riak
Org yg relax disangka malas
Org yg pakai baju baru disangka menunjuk
Org yg pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Org makan banyak disangka pelahap
Org makan sikit disangka diet
Org baik disangka buruk
Org buruk disangka baik
Org senyum disangka mengejek
Org masam disangka merajuk
Org bermuzakarah disangka mengumpat
Org diam disangka menyendiri
Org menawan disangka pakai susuk
Org nampak ceria disangka membela
mana tahu yg diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yg senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yg masam itu keranan mengenangkan dosa
mana tahu yg menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yg ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka2 kerana ia bakal
memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api...
satu benda yg kita lihat, macam-macam kesimpulan
yg boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya
|
 |
Posted at 02:59 pm by nurdia
Permalink
Sunday, June 05, 2005
Sebuah Cerita Diriwayatkan dari sebuah kitab, terdapat seorang wanita pembakar roti di zaman Nabi Isa (A.S.). Suatu hari sedang wanita tersebut membakar roti maka berkumandanglah panggilan untuk menyembah ALLAH SWT.
Wanita tersebut dengan bingkas bangun dan meninggalkan roti yang sedang dibakar semata2 untuk mengadap ALLAH SWT yang Maha Besar. Dengan hati yang penuh bimbang dan mengharap, wanita itu telah menyembahkan diri di hadapan Tuhan yang Agung. Ketika itu datanglah syaitan yg menyamar seperti seorang perempuan dan berkata kepada wanita itu "Sudah hangus agaknya roti engkau di tempat pembakaran." Jawab wanita itu "Tuhan lebih baik dari roti itu. " Syaitan berasa sangat putus asa kerana tidak berjaya menggoda wanita itu. Lalu syaitan itu mengambil anak wanita tersebut dan dicampakkannya ke dalam bara api. Tidak lama kemudian, suami wanita itu masuk dan didapatinya anaknya sedang bermain2 dengan bara api.
Melihatkan kejadian yang pelik itu, suami wanita itu terus pergi berjumpa dengan Nabi Isa (as) dan menceritakan segala yg terjadi. Nabi Isa (as) berkata; "Bawa daku kepada anakmu" .Setelah Nabi Isa (as) melihat kanak2 tersebut sedang bermain2 dgn bara maka beliau berasa amat takjub. Lebih2 lagi di celah2 bara api itu tumbuh sebatang pohon delima dgn buahnya dan kanak2 itu menghisap buahnya. Bara api itu pun bertukar menjadi batu2 permata iaitu aked dan lukluk. Kanak2 itu bermain2 dengan gembira dgn batu2 permata itu. Lalu Nabi Isa (as) menyuruh
membawa isteri lelaki itu untuk mendapat kepastian. "Apakah pekerjaan yg kamu telah lakukan sehingga ALLAH SWT muliakan kamu dengan kemuliaan ini?
"Jawab wanita itu "Aku selalu mengamalkan tiga perkara di dalam hidupku.
Pertama, wuduk tidak pernah hilang daripada diriku melainkan aku memperbaharuinya kembali
apabila batal. Kedua, aku selalu memikirkan orang mati diusung oleh orang hidup di kubur. Aku juga akan menemui nasib seperti mereka suatu hari nanti. Ketiga, hajat manusia akan aku cuba capaikan sedaya upayaku semata2 untuk mencapai keredhaan di sisi ALLAH SWT".
Setelah Nabi Isa (A.S.) mendengar kata2 wanita tersebut, maka beliau berkata "Inilah warisan para anbiya dan jikalau kamu lelaki nescaya aku akan naik saksi bahawasanya kamu adalah seorang Nabi. Tapi tidak ada nabi untuk perempuan "
Posted at 12:32 pm by nurdia
Permalink
Saturday, April 30, 2005
( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah, jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...."
Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan
empat
perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan
memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.
Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Posted at 11:10 am by nurdia
Permalink